Selasa, 2 Februari 2016

KEJOHANAN BOLA TAMPAR MSSD SEPANG 2016

barisan pasukan bola tampar SKDP 2016

Laporan pasukan lelaki

1. Pasukan lelaki telah menunjukan persembahan permainan yang agak menghambarkan dalam perlawanan yang pertama menentang pasukan SJK(C) Sin Ming. Banyak service yang tersangkut di jaring telah memberi kelebihan pada pasukan lawan. Kurang keyakinan diri dan perasaan takut menyebabkan pasukan SKDP kalah teruk kepada SJK(C) Sin Ming.

2. Dalam perlawanan yang kedua pasukan SKDP menentang pasukan SK Sg Merab Luar. Dalam perlawanan ini pasukan SKDP telah menunjukan peningkatan prestasi tetapi tetap kalah kerana banyak service terkandas di jaring.

3. Selepas mengharungi 2 perlawanan, pasukan SKDP telah mendapat keyakinan kembali di mana purata service sempurna dilakukan. Selain itu semangat juang yang ditunjukan oleh pemain membuatkan pasukan telah menang menentang pasukan SK Sg Rawang.
   
   Dengan berbekalkan 5 mata sahaja pasukan bola tampar lelaki SKDP tidak layak mara ke separuh akhir dan perlawanan tamat setakat ini sahaja. Pada akhir pertandingan SK Sg Merab Luar telah merangkul johan dalam pertandingan bola tampar MSSD Sepang 2016.

Laporan pasukan perempuan

1. Seperti pasukan lelaki, pasukan perempuan juga menunjukan persembahan permainan yang agak menghambarkan dalam perlawanan yang pertama menentang pasukan SJK(C) Sin Ming.  Banyak service yang tersangkut di jaring telah memberi kelebihan pada pasukan lawan. Kurang keyakinan diri dan perasaan takut menyebabkan pasukan SKDP kalah teruk kepada SJK(C) Sin Ming.

2.  Dalam perlawanan yang kedua pasukan SKDP menentang pasukan SJK(C) Dengkil. Dalam perlawanan ini pasukan SKDP telah menunjukan peningkatan prestasi tetapi tetap kalah kerana banyak service terkandas di jaring.  

 3.   Selepas mengharungi 2 perlawanan, pasukan SKDP telah mendapat keyakinan kembali di mana purata service sempurna dilakukan. Selain itu semangat juang yang ditunjukan oleh pemain membuatkan pasukan telah menang menentang pasukan SK Salak.                                                            
Dalam perlawanan ini pasukan perempuan telah mendapat tempat ketiga dari 4 buah pasukan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan